Ismail Sabri masih PM walaupun hilang sokongan - Anthony Loke - Utusan Malaysia

Ismail Sabri masih PM walaupun hilang sokongan – Anthony Loke

ANTHONY Loke bercakap dalam sidang media tentang projek KDVT dan isu-isu lain berkaitan perolehan kerajaan di Ibupejabat DAP, Jalan Yew, Kuala Lumpur. - UTUSAN/Mohd Firdaus Mohd Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri tidak akan terjejas kerana beliau masih mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, melalui MoU tersebut, Ismail Sabri tidak akan kehilangan majoriti meskipun Perikatan Nasional (PN) atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menarik balik sokongan terhadap beliau.

“Bagi kita, kalau PN tarik balik sokongan, maka, Ismail Sabri sudah hilang majoriti, tapi, dia ada MoU dengan PH, kalau itu berlaku, kita akan bincang dan putuskan langkah seterusnya.

“Tetapi, PH tidak akan membuat sebarang komitmen sekarang, kita tunggu dan lihat keadaan, kalau ia berlaku, kita akan bincang apa tindakan seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak yakin PN dan Bersatu berani untuk menarik balik sokongan terhadap Ismail Sabri.

“Bila PN tarik sokongan, akan ada senario politik baharu, bila itu berlaku, PH akan berbincang dan buat keputusan apa langkah kita seterusnya.

“Kita tak tahu bila mereka akan tarik sokongan, kejap nak tarik kejap kata tak ada, Bersatu pun tak konsisten…mereka takut hilang jawatan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ismail Sabri yang menyatakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan bila-bila masa sekiranya PN bertindak menarik semula sokongan terhadap kerajaan sedia ada.

Katanya, kerajaan sentiasa bersedia dalam apa juga keadaan termasuk jika berlaku penarikan sokongan berkenaan.

Ini selepas Utusan Malaysia mendedahkan seorang menteri yang didakwa menjadi dalang supaya Bersatu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

Kata sumber berkenaan, perkara itu sebaliknya tidak mendapat kata putus daripada ahli Malis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Sebelum ini tular mengenai laporan yang mendakwa PN sedang mempertimbang untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri.

Laporan itu mendakwa, pertimbangan tersebut adalah kerana Ismail Sabri tidak menunaikan janji untuk melantik Ahli Parlimen Bersatu sebagai Timbalan Perdana Menteri. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya