'Ia satu serangan bom yang sangat dahsyat' - Utusan Malaysia

‘Ia satu serangan bom yang sangat dahsyat’

KEADAAN seorang kanak-kanak yang cedera dan dirawat di sebuah hospital selepas berlaku serangan roket di bandar al-Bab, utara Syria. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi kelmarin (3.30 petang waktu Malaysia). Dentuman yang sangat kuat dan menakutkan”.

Demikian jelas Hansa, seorang ibu tunggal berusia lingkungan 40-an, kepada Mingguan Malaysia melalui WhatsApp, menceritakan mengenai serangan roket yang disasarkan di sebuah pasar awam dekat bandar al-Bab, utara Syria.

Dalam kejadian kelmarin itu, laporan menyebut sekurang-kurangnya 14 terbunuh, terutamanya kanak-kanak, manakala berpuluh-puluh lagi cedera.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu setakat ini.

Jelas Hansa, ketika kejadian, dia sedang berehat di rumah bersama empat anaknya, termasuk anak tunggal lelakinya, Akram, 12.

Akram pernah ditemui Mingguan Malaysia di bandar al-Bab ketika akhbar ini mengikuti Misi Kemanusiaan MyCare-Econsave ke Syria pada bulan lepas.

Bapanya meninggal dunia dalam serangan bom, enam tahun lalu.

Akram sekeluarga berasal dari Idlib yang terletak sejauh lebih 100 kilometer dari al-Bab dan mereka menyewa di sebuah rumah di bandar tersebut.

Hansa memberitahu: “Keadaan di sekeliling rumah sangat teruk. Selepas kejadian, kami berlari ke kawasan selamat. Ada jiran yang maut. Syukur kami anak beranak selamat. Saya cuma mengalami cedera ringan. Ya Allah, selamatkanlah kami daripada bencana perang ini”.

Ketika ini Akram cuma belajar al-Quran secara tidak formal di sebuah madrasah berhampiran dan tidak mampu untuk meneruskan persekolahan selain perlu membantu ibunya berniaga demi kelangsungan hidup.

Dalam satu kiriman video kepada Mingguan Malaysia, Akram menceritakan kehidupan di Syria amat menyedihkan dan berharap dapat meneruskan persekolahan khususnya mengejar cita-cita sebagai seorang tahfiz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya