Haji furada: Pengarah UC Travel mengaku tak bersalah 

Haji furada: Pengarah UC Travel mengaku tak bersalah 

SEORANG pengarah agensi pelancongan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan mengiklankan tawaran pakej haji furada tanpa lesen 'Pengelola Jemaah Haji' yang sah. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat yang menawarkan pakej haji furada mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengiklankan perkhidmatan perjalanan haji tanpa lesen sah dari Lembaga Tabung Haji.

Tertuduh, Agus Rizal Mat Ali, 50, membuat pengakuan tersebut dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman. 

Berdasarkan pertuduhan, Agus Rizal didakwa mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada bagi musim 2022 Masihi/ 1442 Hijrah di media sosial Facebook milik Syarikat UC Travel sedangkan syarikat tersebut tidak mempunyai lesen pengelola jemaah haji secara sah dari Lembaga Tabung Haji. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 9 Mei lalu di Pejabat Cawangan UC Travel Sdn Bhd, Platinum Walk, Jalan Langkawi 2, Danau Kota, Kuala Lumpur. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 27 (1)(b) Akta Tabung Haji dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh maksimum satu tahun atau kedua-duanya. 

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Ishak manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Dhanaraj Vasudevan dan Ho Cheng En.

Mahkamah membenarkan Agus Rizal diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 September ini untuk sebutan semula kes. 

Sebelum ini, media melaporkan lima individu ditahan berhubung kes penipuan haji furada yang menyebabkan kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berikutan kejadian bakal jemaah terkandas itu, polis menahan lima suspek berusia antara 30 hingga 60 tahun, terdiri pemilik sebuah agensi pelancongan dan isteri, seorang ejen dan dua pekerja di pejabat agensi pelancongan yang beroperasi di Danau Kota, Setapak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya