Dua beradik teruja kembali bersekolah selepas 4 tahun tercicir

Dua beradik teruja kembali bersekolah selepas 4 tahun tercicir

SOON Lip Chee (duduk, kiri) dan Lisa (tengah) masing-masing meneliti surat tawaran yang diberikan kepada Yumn Nakyeishaa dan Dahnea Dabryshaa di Pangsapuri Melur, Bagan Jermal, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: “Alhamdulillah, selepas ini anak-anak saya sudah boleh bersekolah macam kawan-kawan yang lain. Saya sangat terharu.”

Itu kata ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 54, selepas dua anak pe­rempuannya, Yumn Nakyeishaa Amir Hamzah, 16, dan Dahnea Dabryshaa, 14, tercicir daripada persekolahan selama empat tahun gara-gara kemiskinan.

Lisa yang kematian suami akibat pandemik Covid-19 tahun lepas kini terpaksa menghabiskan masanya di atas kerusi roda selepas kakinya terpaksa dipotong.

Menurut wanita tersebut, aki­bat desakan hidup, arwah suaminya terpaksa menjual kereta mereka dan sejak itu juga, tiada pengangkutan untuk anak-anak­nya ke sekolah.

Pada masa sama, kata Lisa, dia juga tidak dapat menyediakan wang poket kepada anak-anaknya untuk ke sekolah se­perti pelajar lain.

“Sejak anak-anak tidak dapat ke sekolah, saya sangat susah hati. Ditambah pula dengan kea­daan saya yang begini (terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda sahaja), Tuhan sahaja yang tahu (perasaannya) ketika itu.

“Bukan tak pernah cuba (cari jalan untuk menyekolahkan anak-anak semula), tapi saya tidak tahu bagaimana untuk meminta bantuan,” katanya.

Lisa ditemui semasa mene­rima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Soon Lip Chee dan Ke­tua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Datuk Zulkafli Kamaruddin di rumahnya di Pangsapuri Melur, Bagan Jermal di sini semalam.

Sempena kunjungan itu juga, Lip Chee dan Zulkafli turut menyerahkan surat tawaran kembali ke sekolah kepada dua beradik tersebut.

Dalam pada itu, Lip Chee berkata, beliau bersama pasukan We Care You Kadun Bagan Jermal’ turut menyumbang makanan, komputer riba, meja, buku rujukan, kamus, alat tulis serta bantuan kewangan kepada keluarga tersebut.

“(Yumn) Nakyeishaa dan (Dahnea) Dabryshaa merupakan pelajar yang pintar kerana mereka bukan sahaja boleh menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik, malah, kedua-duanya juga fasih bertutur dalam Mandarin kerana pernah bersekolah di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Telok Air Tawar.

“Kini, dua beradik itu memilih menyambung pelajaran di SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) Kampong Kastam dekat sini dan perlu melapor diri dalam tempoh 14 hari mulai Selasa lalu,” katanya yang turut berusaha membantu ibu kepada dua anak gadis untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai ketika ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya