Desak zon aliran bebas dihidupkan semula

Desak zon aliran bebas dihidupkan semula

ARKED Niaga Pekan Sehari Wang Kelian menjadi pekan mati sejak hampir lapan tahun lalu selepas pemansuhan zon aliran bebas di kawasan itu. – UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Majoriti penduduk di Kampung Wang Kelian mendesak kerajaan membuka semula zon aliran bebas di sini yang dimansuhkan selepas kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur besar me­nempatkan 139 mayat di Bukit Wang Burma pada 2015 lalu.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Wang Kelian, Md. Razak Daud menyifatkan penduduk di kawasan itu seolah-olah dihukum atas ke­salahan dilakukan pihak lain susulan daripada penutupan zon aliran bebas berkenaan.

Katanya, penutupan zon ali­ran bebas di sini memberi impak besar kepada penduduk yang terkesan khususnya dalam aspek ekonomi setempat.

“Banyak kali dah kami minta supaya zon aliran bebas di sini dihidupkan semula namun tiada perkembangan positif diterima berhubung perkara itu.

“Kami menanti jawapan daripada kerajaan ibarat seperti menunggu buah yang tidak luruh malah ada dalam kalangan penduduk yang telah meninggal dunia menanti keputusan pembukaan semula zon aliran bebas tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, akhbar ini mela­porkan mengenai imbauan kes penemuan penempatan sementara dan kubur besar itu pada 2015 lalu yang merupakan isu pemerdagangan manusia terbesar dalam sejarah negara.

Malah, lebih 100 rangka manusia ditemukan di kawasan kubur itu dipercayai daripada etnik Rohingya.

Dalam pada itu, Md. Razak berkata, tempoh penutupan zon aliran bebas berkenaan sejak hampir lapan tahun lalu cukup memberi kesan memandangkan penduduk tidak lagi dapat berniaga bagi meraih sumber pendapatan harian.

Malah katanya, ada antara peniaga yang masih berhutang selepas membina gerai mereka di kawasan perniagaan itu sebelum penutupan zon aliran bebas itu.

“Penutupan zon aliran bebas itu telah menyebabkan mereka menanggung bebanan memandangkan sebelum ini, majoriti penduduk di kampung ini merupakan peniaga.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya