Buli: Portal aduan dilancar

Buli: Portal aduan dilancar

 RADZI Jidin meluangkan masa meninjau hasil inovatif murid pada Program Showcase Transformasi Pendidikan di Alamanda, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pelajar atau ibu bapa diberi akses terus untuk melaporkan sebarang kes buli di sekolah masing-masing  melalui satu portal khas yang bakal diwujudkan dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, portal tersebut sekali gus bakal menyediakan satu platform pelaporan yang lengkap dan tersusun agar isu buli di institusi sekolah dapat diminimumkan.

“Menerusi portal ini, sebarang aduan berhubung kejadian buli dapat disampaikan menerusi emel, pelaporan pada sistem sedia ada atau melalui panggilan telefon.

“Melalui portal ini juga, pengadu tidak perlu risau aduan mereka diketahui oleh orang lain kerana ia adalah sulit dan yang lebih penting setiap aduan  disiasat kebenarannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Program Showcase Transformasi Pendidikan di Alamanda, Putrajaya, di sini hari ini.

Menurut Radzi, portal berkenaan yang dijangka dilancarkan seawal minggu depan adalah satu daripada pelbagai inisiatif yang sedang dan akan terus dilaksanakan KPM dalam menangani isu berkaitan buli di sekolah.

Jelasnya, pendekatan lain yang dijalankan bagi mengurangkan isu buli di sekolah adalah penubuhan jawatan kuasa yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Habibah Abdul Rahim.

“Jawatan kuasa ini melihat kepada penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam tatacara dan panduan sedia ada berkaitan buli di sekolah,” katanya.

Menurut Radzi, konsep Sekolahku Sejahtera yang dilancarkan kementerian sejak Februari lalu banyak menekankan kepada elemen-elemen dalam diri murid-murid agar mereka dapat membuat keputusan yang tepat selain mengelakkan diri daripada terlibat dengan kes buli.

Dalam konsep ini kita ada penekanan elemen selamat di sekolah dan elemen empati selain mendidik anak-anak dengan sikap dan pemikiran yang rasional.

“Kita boleh adakan pelbagai pemantauan namun jika jiwa dan pemikiran mereka belum jelas tentang sesuatu tindakan yang dilakukan, ia akan terus menyumbang kepada kes buli,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya