MARAN: Sebuah jambatan perlu dibina merentasi Sungai Pahang dari Kampung Lubuk Paku, dekat sini yang menghubungkan Kampung Kuala Wau di sempadan daerah Pekan bagi ‘menghidupkan’ kampung tradisi di situ yang hampir pupus. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Mohd. Sofian Abd. Jalil berkata, antara faktor kampung terbabit ditinggalkan penduduk asal dan generasi baharu adalah kerana masalah lokasi dan lojistik yang terpinggir dari arus pembangunan. “Sebagai contoh…