Beri penangguhan atau kami tarik diri - Peguam Najib

Beri penangguhan atau kami tarik diri – Peguam Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Belum sempat rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didengar di Mahkamah Persekutuan minggu hadapan, `drama’ terkini prosiding berkenaan muncul.

Difahamkan pada prosiding pengurusan kes terakhir rayuan itu hari ini, Mahkamah Persekutuan telah diberikan kata dua oleh barisan peguam bela yang baharu dilantik tiga minggu lalu oleh Ahli PArlimen Pekan itu.

Beri penangguhan atau kami (peguam) menarik diri.

Pada ketika berita ini ditulis, peguam, Hisyam Teh Poh Teik masih tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara ini.

Pada 25 Julai lalu, Najib melalui sepucuk surat telah menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Shafee & Co, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan seluruh pasukan pembelaannya.

Najib kemudian melantik firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan TH Liew & Partners (ZIST) bagi menggantikan Tetuan Shafee & Co. manakala HIsyam dilantik bagi menggantikan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Barisan pembelaan baharu itu turut disertai Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam.

Hisyam yang dilantik sebagai peguam bela utama Najib juga peguam bela kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan kes rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada 29 April lalu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos iaitu pada 15 hingga 25 Ogos ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan dana syarikat itu.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Pada 8 Disember 2020, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya