PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan sukar untuk membuat semakan kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri itu yang didapati salah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Perlembagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, andaian itu dibuat selepas mengambil kira permohonan untuk mengemukakan bukti…










