9 'scammer' termasuk remaja bawah umur mengaku salah

9 ‘scammer’ termasuk remaja bawah umur mengaku salah tawar pinjaman tidak wujud

ANTARA sembilan tertuduh didakwa menawarkan pinjaman tidak wujud dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Lima lelaki, tiga wanita dan seorang remaja perempuan mengaku bersalah atas pertuduhan menawarkan pinjaman wang tidak wujud di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Lapan tertuduh tersebut ialah Mohammad Shahrul Affendy Kamarulzaman, 24, Muhammad Qanarul Jafree, 25, Muhammad Zulfaizzat Zakaria, 30, Muhamad Muslim Hamidi, 24, Siti Nur Fadilah Abdul Rahman, 19, Huda Nadiela Hashim, 19, Tan Jun Fatty, 18 dan Wong Jong Sin, 23.

Identiti seorang lagi tertuduh tidak didedahkan kerana masih di bawah umur.

Sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurasidah A. Rahman, kesemua sembilan tertuduh mengangguk faham dan kemudian mengaku bersalah terhadap dakwaan tersebut.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua tertuduh yang berusia antara 17 tahun hingga 30 tahun didakwa bersama-sama menawarkan pinjaman tidak wujud di No. 15, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, Batu Pahat kira-kira pukul 1 pagi pada 17 Julai lalu.

Kesemuanya didakwa mengikut Seksyen 120B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid, manakala semua tertuduh diwakili oleh peguam bela, Hooi Tsae Yun.

Peguam bela dalam pada itu merayu pihak mahkamah supaya mengenakan hukuman ringan kepada semua tertuduh kerana mereka sudah insaf dan tidak mempunyai kes jenayah lampau selain masih muda.

Nurasidah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 bagi setiap lapan tertuduh atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Sementara itu, remaja perempuan berusia 17 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 1 September ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya