30 Tahun Memacu Transformasi Negara

30 Tahun Memacu Transformasi Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAJUAN ekonomi sesebuah negara sering dinilai melalui pembangunan infrastrukturnya dalam menyumbang kepada kesejahteraan rakyat serta mengembangkan potensi pertumbuhan pelaburan asing.

Reputasi OPUS Consultants sebagai penyumbang kepada perubahan landskap infrastruktur negara dapat dilihat menerusi kejayaan pelaksanaan projek Lebuhraya Utara-Selatan, PUTRA LRT2,
Sambungan LRT Laluan Kelana Jaya dan Ampang, KTMB Rel  Berkembar dari Rawang-Ipoh dan Ipoh-Padang Besar, Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Pembangunan Cyberjaya dan banyak lagi.

Sebagai syarikat Pengurusan Aset dan Perunding Kejuruteraan terkemuka di rantau ini dan anak syarikat milikan penuh UEM Edgenta, OPUS Consultants, baru-baru ini telah merangkul anugerah daripada The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) 2022 atas sumbangannya kepada Industri Kejuruteraan di Malaysia dalam kategori Pengurusan Aset (Industri).

Ir. Dr. Tony Chan, Pengarah Urusan OPUS Consultants menerima anugerah yang diiktiraf daripada Prof. Ir. Dr. Norlida bt Buniyamin, Presiden IEM.

Penganugerahan ini berdasarkan penilaian ke atas keupayaan serta sumbangannya kepada pembangunan negara selama lebih tiga dekad dalam menyiapkan projek-projek mega melebihi ratusan bilion ringgit termasuk lebuh raya dan jalan raya utama, lapangan terbang, transit bandar, bangunan dan projek infrastruktur utama di Malaysia.

Saya percaya anugerah ini  membuktikan dedikasi OPUS Consultants dalam melaksanakan dan menguruskan projek infrastruktur mega selama ini, serta komitmen kami untuk kekal di barisan hadapan dalam pengurusan aset infrastruktur yang menyumbang kepada agenda pembangunan negara.- Syahrunizam Samsudin, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta.

Pengiktirafan terbaharu ini meletakkan OPUS Consultants di kedudukan teratas dalam kalangan pemain industri pengurusan aset.

Peneraju pasaran dalam perkhidmatan perundingan kejuruteraan dan pengurusan aset, kini OPUS Consultants menguruskan aset melebihi 4,000 km (empat ribu kilometer) lebuh raya bertol, serta mengawal selia pembinaan dan menaik taraf projek perhubungan awam di Sabah dan Sarawak.

Pendekatan berkaedah dan rangkaian perkhidmatan menyeluruh mereka direka untuk mengoptimumkan pengurusan aset pelanggan bagi memudahkan pelanggan membuat keputusan yang lebih baik dengan menyediakan penyelesaian yang berinovatif serta praktikal untuk projek infrastruktur dan pengangkutan berskala besar seterusnya, meletakkan mereka di barisan hadapan dalam industri Pengurusan Aset.

Perkhidmatan menyeluruh UEM Edgenta didorong oleh kemajuan teknologi menepati keperluan kitaran hayat aset merangkumi pengurusan projek, perolehan & perancangan pembinaan, operasi dan penyelenggaraan, serta pengoptimuman prestasi, pemulihan dan menaik taraf aset.

UEM Edgenta kini beroperasi merentasi Malaysia, Singapura, Indonesia, Taiwan, India dan Emiriah Arab Bersatu.

Ia merupakan satu penghormatan untuk kami menerima anugerah yang berprestij ini dan bersamasama pasukan saya di OPUS Consultants, kami akan terus menyumbang kepada kemajuan kejuruteraan di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Dengan berpegang kepada slogan “Delivering with Distinction”, kami telah membuktikan melalui kejayaan dalam menyampaikan projek infrastruktur negara, termasuk projek-projek jalan raya dan rel di Malaysia.- Ir. Dr Tony Chan, Pengarah Urusan OPUS
Consultants.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya