Wan Saiful sahkan kontrak sebagai Pengerusi PTPTN tamat

Wan Saiful sahkan kontrak sebagai Pengerusi PTPTN tamat

KERATAN laporan Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Next step, tunggulah hingga next step itu sampai.’

Itu reaksi Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung spekulasi namanya dicadangkan sebagai menteri selepas tidak lagi memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Jelas Wan Saiful, kontraknya sebagai pengerusi perbadanan itu tamat pada 17 Jun lalu.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, kedudukan Wan Saiful menjadi tanda tanya susulan semakan di laman web rasmi PTPTN sejak seminggu lalu mendapati, jawatan pengerusi yang disandang itu dikosongkan.  

Wan Saiful sebelum ini antara nama yang disebut-sebut bagi menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin mengisi kerusi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas Zuraida meninggalkan Bersatu. 

Bersatu berpandangan kedu­dukan Ahli Parlimen Ampang sebagai menteri patut diganti kerana jawatan menteri tersebut didakwa kuota parti berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya