19 lagi individu dikaitkan ‘Network School’ masih gagal dikesan

19 lagi individu dikaitkan ‘Network School’ masih gagal dikesan

ZAKARIA Shaaban mengiringi Ahmad Zahid Hamidi ketika menyempurnakan sambutan Hari Imigresen Tahun 2026, di Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Status 19 lagi individu yang dikaitkan dengan sebuah ‘Network School’ belum diketahui sama ada mereka masih berada di dalam negara ini atau telah keluar secara tidak sah.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, hasil semakan terkini mendapati, seramai 210 daripada 430 individu yang dikenal pasti mempunyai kaitan dengan institusi itu masih berada di Malaysia, manakala 201 lagi telah meninggalkan negara ini.

“Daripada jumlah tersebut, 19 individu masih gagal dikesan dan kita akan meneruskan siasatan bagi mengesan pergerakan mereka sama ada masih berada dalam negara atau telah keluar secara tidak sah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, pihaknya telah menjalankan dua pemeriksaan ke atas institusi berkenaan, namun tidak menemukan sebarang pelanggaran seperti yang didakwa.

“Namun, pemantauan dan siasatan tetap diteruskan,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan yang mengaitkan kewujudan Network School di Forest City di Johor dengan agenda Israel untuk bertapak secara senyap di negara ini menerusi pelaburan mata wang.

Susulan itu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah agar siasatan terperinci dilakukan oleh Kerajaan Negeri Johor dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut baginda, lesen atau permit operasi syarikat berkaitan Network School berdepan risiko dibatalkan sekiranya didapati melanggar undang-undang, syarat lesen atau peraturan ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN