Wan Saiful bukan lagi Pengerusi PTPTN? - Utusan Malaysia

Wan Saiful bukan lagi Pengerusi PTPTN?

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedudukan Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ketika ini menjadi tanda tanya.

Semakan Utusan Malaysia di laman web rasmi PTPTN sejak seminggu lalu mendapati, jawatan yang disandang Ketua Pe­nerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dikosongkan.
Bagaimanapun sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada perbadangan tersebut mengenai kekosongan jawatan berkenaan.

Wan Saiful juga gagal dihubungi bagi menjelaskan ke­dudukannya itu.
Beliau dilantik sebagai Pengerusi PTPTN berkuat kuasa 18 Jun 2018 semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menggantikan Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

Wan Saiful antara nama yang disebut-sebut bagi menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin mengisi kerusi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas Zuraida meninggalkan Bersatu.

Bersatu berpandangan kedu­dukan Ahli Parlimen Ampang sebagai menteri patut diganti kerana jawatan menteri tersebut didakwa kuota parti berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya