Tuntutan Sulu: Rafizi-Najib ‘bertelagah’ - Utusan Malaysia

Tuntutan Sulu: Rafizi-Najib ‘bertelagah’

NAJIB TUN RAZAK (kanan) dan RAFIZI RAMLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa kegagalan dan kecuaian pentadbiran pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi punca aset milik syarikat pengeluar minyak, Petronas dan agensi lain di seluruh dunia terdedah tindakan sita susulan isu tuntutan waris Sultan Sulu.

Dakwa Rafizi, ini berikutan langkah yang diambil Ahli Parlimen Pekan itu yang menyifatkan tuntutan waris Sulu itu berpunca kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) cuma untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada fakta sebenar.

Dakwanya, tindakan undang-undang yang membawa kepada kejadian aset Petronas disita sebenarnya bermula akibat daripada keputusan semasa Najib menjadi Perdana Menteri.

“Semakan ke atas kertas keputusan proses timbang tara ‘arbitration’ bertarikh 28 Februari 2022 jelas menunjukkan bahawa pentadbiran Najib telah dimaklumkan mengenai tindakan undang-undang yang boleh membawa kepada tindakan menyita aset ini.

“Rujuk muka surat 23 di bawah tajuk ‘The Initial Phase of the Proceedings’, perenggan 21 secara jelas menyatakan bahawa penuntut (waris Kesultanan Sulu) telah menyerahkan notis awal menyatakan hasrat untuk memulakan proses timbang tara, bertarikh 2 November 2017 di Kedutaan Malaysia di Madrid.

“Rakyat juga sedia maklum pentadbiran Najib juga yang membuat keputusan menghentikan bayaran (mengikut perjanjian yang diwarisi Kerajaan Persekutuan) kepada waris Kesultanan Sulu dalam tahun 2013.

“Hakikatnya, keseluruhan aset negara yang dimiliki oleh syarikat dan badan kerajaan seperti Petronas, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan lain-lain kini terdedah kepada tindakan disita akibat kecuaian dan kegagalan Najib semasa menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Rafizi mendakwa, Najib mengalihkan pandangan rakyat kepada bekas Peguam Negara, Tommy Thomas untuk membina persepsi perkauman kononnya pentadbiran PH melantik tokoh bukan Melayu yang akhirnya menggadaikan kedaulatan negara.

Sehubungan itu katanya, perangai bekas Perdana Menteri itu yang meneruskan pembohongan dengan cuba mengalihkan pandangan kepada orang lain tidak boleh diambil mudah.

“Oleh itu, saya akan menyusun, mulai minggu depan, supaya satu laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Najib atas kegagalan dan kecuaiannya yang menyebabkan harta-harta negara milik Petronas dan badan-badan lain terdedah kepada tindakan sita di seluruh dunia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib pula menyifatkan Timbalan Presiden PKR itu menyalah tafsir maksud niat dalam keputusan timbang tara pada 2 November 2017.

“Bukti yang Raja Formula Songsang (Rafizi) kemukakan ialah satu garis yang berbunyi: Tuntutan menyampaikan notis awal niat untuk memulakan timbang tara, bertarikh 2 November 2017 menurut Surat Ikatan (selepas ini, Notis Niat untuk Memulakan Timbang Tara) di Kedutaan Malaysia di Madrid.

“Itu niat. Faham apa maksud niat? Maksudnya belum memulakan apa-apa tindakan. Tak lama selepas itu pun dah PRU-14 dan kerajaan bertukar. Sebab itu, petition hanya bermula pada tahun 2019 di bawah kerajaan PH (termasuk PPBM),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya