Kerajaan tampung RM30 bilion kekalkan harga minyak

Kerajaan tampung RM30 bilion kekalkan harga minyak

ANWAR Ibrahim bergambar bersama anak-anak muda yang menghadiri Program Himpunan Rakan Muda Madani di Padang Awam Taman Keladi, Sungai Petani, hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kerajaan mampu menampung perbelanjaan sehingga RM30 bilion untuk menanggung kos subsidi bahan api menerusi langkah penjimatan selain menghentikan ketirisan dana negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah menaikkan harga minyak bagi menghadapi kesan krisis bekalan global.

Menurutnya, kerajaan akan terus berusaha menanggung kos tersebut dengan mengeluarkan perbelanjaan besar setiap bulan bagi mengelak rakyat terbeban.

“Berapa satu bulan kita tampung? Bukan dalam peruntukan yang lama, tetapi ketika harga minyak naik kita bayar RM5 bilion sebulan, RM3 bilion sebulan pun ada.

“Kemudian naik sampai RM7 bilion sebulan, sekarang turun balik RM4 bilion, RM5 bilion sebulan tambahan,” katanya ketika berucap melancarkan Program Himpunan Rakan Muda Madani, di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan mengeluarkan sebanyak RM3 bilion setiap bulan untuk tempoh 10 bulan, jumlahnya mencecah RM30 bilion.

Katanya, walaupun jumlah itu besar, kerajaan mampu menampungnya menerusi langkah penjimatan selain menghentikan ketirisan dana negara.

Sementara itu, Anwar turut menolak cadangan pihak tertentu agar kerajaan membuat pinjaman atau berhutang bagi membolehkan kerajaan terus menampung kos subsidi minyak.

“Kalau suruh hutang, saya boleh hutang sekarang, lepas itu saya tinggalkan kerajaan, anak-anak yang harus bayar. Sebab itu jalan keluarnya bukan hutang mudah, jadi kita lakukan

apa yang kita mampu,” katanya.

Anwar berkata, langkah kerajaan itu membolehkan harga minyak di negara ini, khususnya petrol RON95 yang ditetapkan pada harga RM1.99 seliter, menjadi antara yang terendah di dunia.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi pembinaan Dewan Serbaguna Padang Awam, Taman Keladi di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN