Lima selebriti Hollywood menjadi bisnes mogul - Utusan Malaysia

Lima selebriti Hollywood menjadi bisnes mogul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN sebab sudah sendu, namun beberapa artis Hollywood enggan terus bergantung kepada dunia hiburan sebaliknya memilih untuk membuka empayar perniagaan sendiri. Banyak selebriti mula mencuba nasib terjun ke dalam bidang kosmetik, teknologi, minuman premium hinggalah kelab bola sepak. Ini antara nama paling berjaya menukar populariti mereka menjadi kekayaan luar biasa mengikut senarai majalah Forbes.

Kim Kardashian

Daripada realiti TV kepada empayar fesyen, Kim Kardashian menjadi bilionair hasil kejayaan jenama pakaian dalam SKIMS dan produk kecantikannya. SKIMS sendiri pernah dinilai berbilion dolar oleh pelabur. Forbes melaporkan kekayaan Kim banyak dipengaruhi dengan kebijaksanaannya menggunakan pengaruh media sosial untuk pemasaran produk. Pada tahun 2026, Forbes menganggarkan nilai kekayaannya sekitar AS$1.9 bilion hasil kejayaan perniagaan fesyen dan kecantikannya.

Jay-Z

Jay-Z bukan sekadar ikon muzik hip hop, malah dianggap antara selebriti paling berjaya dalam dunia perniagaan. Penyanyi dan usahawan itu membina empayar bisnes melalui pelbagai pelaburan strategik termasuk syarikat hiburan Roc Nation, jenama champagne Armand de Brignac dan minuman keras D’Ussé. Selain itu, beliau juga terlibat dalam pelaburan teknologi dan hartanah yang membantu meningkatkan nilai kekayaannya sehingga mencecah status billionaire.

Ryan Reynolds

Forbes menyenaraikan Ryan sebagai pelakon Hollywood dengan pendapatan tertinggi selain selebriti berjaya. Walaupun terkenal melalui filem seperti Deadpool dan sekuelnya, sebahagian besar kekayaannya datang daripada pelaburan dan perniagaan. Ryan memperoleh keuntungan besar selepas menjual pegangan dalam syarikat gin Aviation American Gin kepada Diageo dalam urus niaga bernilai ratusan juta dolar. Selain itu, dia juga terlibat dalam syarikat pemasaran kreatif Maximum Effort yang terkenal dengan kempen iklan unik dan humor kreatif. Dia juga melabur di syarikat telekomuniasi dan dijual kepada T-Mobile berjumlah bilion dolar

Rihanna

Rihanna meledak menerusi jenama kosmetik Fenty Beauty bersama LVMH kerana menawarkan rangkaian tona kulit daripada cerah hingga variasi warna gelap. Selain kosmetik, Rihanna turut mengembangkan empayarnya menerusi jenama pakaian dalam Savage X Fenty yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Forbes melaporkan sebahagian besar kekayaannya kini datang daripada sektor perniagaan dan bukannya industri muzik. Kejayaan itu menjadikan Rihanna antara selebriti wanita terkaya dan paling berpengaruh di dunia.

Oprah Winfrey

Forbes menganggarkan kekayaan Oprah melebihi AS$3 bilion hasil kejayaannya sebagai pengacara televisyen, penerbit, pelakon dan usahawan media. Program terkenal beliau, The Oprah Winfrey Show, menjadi asas kepada empayar medianya dan memberi pendapatan besar melalui pengiklanan, penerbitan serta hak siaran antarabangsa. Selain itu, Forbes menyenaraikan Oprah sebagai ‘self-made billionaire’ kerana membina kekayaan sendiri daripada latar belakang yang sederhana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN