Tuntutan Sulu: PKR gesa Najib disiasat kerana didakwa cuai - Utusan Malaysia

Tuntutan Sulu: PKR gesa Najib disiasat kerana didakwa cuai

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan berhubung kecuaian yang didakwa berlaku ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga memberi ruang kepada waris Kesultanan Sulu membuat tuntutan ke atas Malaysia. 

Gesaan itu dibuat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas beberapa laporan polis dibuat di Balai Polis Setiawangsa di sini  pukul 11 pagi tadi.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebagai Perdana Menteri ketika itu, Najib sepatutnya tahu tindakan undang-undang akan dibuat oleh waris Kesultanan Sulu tetapi tiada tindakan sewajarnya diambil.

Menurut beliau, tuntutan itu bermula ekoran keputusan pentadbiran beliau untuk menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu pada 2013. 

“Sepatutnya, sebagai Perdana Menteri Najib tidak boleh cuai. Najib perlu memastikan semua langkah diambil untuk menghalang dan menangani tindakan undang-undang susulan bayaran itu dihentikan.

“Keputusan itu kemudian mencetuskan langkah balas waris Kesultanan Sulu yang memulakan tindakan saman di peringkat antarabangsa terhadap Kerajaan Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, turut hadir membuat laporan polis berkenaan iaitu Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekab Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Pada 2013, kerajaan menghentikan bayaran pampasan ke atas Sabah sebanyak RM5,300 kepada waris Kesultanan Sulu selepas Sulu melakukan serangan ke atas Lahad Datu.

Pada 2017, waris Kesultanan Sulu memulakan tindakan undang-undang terhadap Malaysia berhubung perkara itu menyebabkan keputusan timbang tara memihak kepada mereka.

Ini membolehkan mereka meminta pihak berkuasa Luxembourg merampas aset dua anak syarikat Petronas bagi pihak waris Kesultanan Sulu dalam usaha untuk menguatkuasakan keputusan timbang tara yang mereka peroleh terhadap Malaysia.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya