Saya lapor polis jika tidak dipadam - Inul Darastita - Utusan Malaysia

Saya lapor polis jika tidak dipadam – Inul Darastita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi, Inul Daratista tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Instagram laiba_senja kerana mendedahkan nilai kekayaan dirinya kepada umum.

Jelas inul, dia tidak merasa selesa apabila harta kekayaannya diperkatakan justeru memberi tempoh agar kandungan tersebut segera diturunkan.

“Saya akan laporkan kepada pihak polis jika berita ini masih terdapat di semua laman sosial.

“Saya tidak senang dengan berita seperti ini. Jika tidak diturunkan, saya akan mengambil tindakan tegas!” Katanya.

Terdahulu pemilik akaun instagram tersebut mendedahkan nilai kekayaan artis Indonesia antaranya Raffi Ahmad, Deddy Corbuzier, Agnez Mo, Syahrini, Rey Utami dan ramai lagi.

Menurut Inul lagi, dia khuatir jika kandungan berkenaan menimbulkan salah faham dalam kalangan pemerintah.

“Kamu fikir saya gembira dengan berita begini? Saya yakin semua artis yang ada di gambar itu juga keberatan dengan data hitungan yang belum tentu disahkan.

“Sengaja menyusahkan saya sehingga perlu turun naik ke pejabat pemerintah untuk mengesahkan harta kekayaan saya! Kalau tidak dipadam, saya ambil tindakan,” kongsinya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN