Tan Sri Othman Mustapha Tokoh Maal Hijrah 2022 - Utusan Malaysia

Tan Sri Othman Mustapha Tokoh Maal Hijrah 2022

Tokoh Antarabangsa Ma'al Hijrah Tahun 1444H, Datuk Dr. Othsman Hassan (kanan) dan Tokoh Kebangsaan Ma'al Hijrah, Tan Sri Othman Mustapha bergambar selepas Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H dan Majlis Bacaan Yasin Hari Pahlawan Tahun 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini malam tadi. -UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2022/1444 Hijrah.

Manakala, Menteri Kanan (Hal Ehwal Agama Islam) Kemboja, Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Pengumuman kedua-dua tokoh dilakukan oleh pengacara majlis sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

Kriteria tokoh yang dipilih adalah berdasarkan kepada sumbangan besar dalam pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam selain mendapat pengiktirafan dan diterima oleh masyarakat dalam serta luar negara.

Tokoh yang terpilih juga perlu memiliki pengetahuan dan pengalaman luas serta mempunyai sifat dan kepribadian unggul

Othman berkata, penganugerahan tersebut memberi semangat kepada diri beliau untuk terus meningkatkan usahanya dalam memperjuangkan agama Islam.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dan terkata  kepada kerajaan Malaysia kerana memilih saya untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah tahun ini.

“Penganugerahan ini memberi semangat pada saya dengan lebih lagi untuk meningkatkan syiar Islam demi agama, bangsa dan negara,” katanya dalam sidang media.

Sependapat dengan itu, Othsman turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memilihnya untuk menerima anugerah tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana beri saya anugerah setinggi ini,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya