Suspek tikam  leher ibu direman tujuh hari

Suspek tikam  leher ibu direman tujuh hari

SUSPEK yang menikam leher ibu kandungnya sehingga maut diiring keluar anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suspek yang dipercayai menikam ibu kandungnya sehingga mati dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. 

Perintah tahanan reman sehingga 12 Jun ini dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sinin terhadap lelaki berusia 38 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.45 pagi diiringi anggota polis.

Ahkbar melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang semalam, mangsa, Roziah Md. Dom, 63, ditikam di leher kanan dan kiri oleh suspek menggunakan pisau pemotong sayur.

Pesara guru itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik tidur oleh anak perempuannya yang juga adik kepada suspek. Susulan kejadian itu, anak sulung daripada lima beradik itu ditangkap penduduk kampung dan diserahkan kepada polis. 

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek bertindak demikian setelah mendengar bisikan ibunya menyembah berhala.

Katanya, suspek juga disahkan pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Melaka dua tahun lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya