[Sidang DUN] RM64 juta untuk Stadium Shah Alam sejak 2008

[Sidang DUN] RM64 juta untuk Stadium Shah Alam sejak 2008

AMIRUDIN Shari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mendakwa membelanjakan kira-kira RM64 juta sejak Pakatan Harapan mengambil alih Selangor pada 2008 (Pakatan Rakyat) hingga 2020 bagi membaik pulih dan menaik taraf Stadium Shah Alam dan beberapa komponen lain di Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak RM5 juta hingga RM6 juta dibelanjakan setiap tahun sehingga 2018 bagi tujuan tersebut ketika pengurusannya diambil alih oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Syarikat Pengurusan Fasiliti Darul Ehsan Sdn. Bhd. (DEFM).

Selain itu, pada 2015 hingga 2017, sebanyak RM11.745 juta dibelanjakan bagi menaik taraf kemudahan tandas, bilik korporat VIP dan VVIP, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), baiki bumbung stadium serta lampu limpah padang.

Kemudian, sebanyak RM2.22 hingga RM5 juta lagi dibelanjakan bagi baik pulih beberapa kemudahan seperti mengecat pagar stadium, pembersihan beam dan naik taraf tandas serta bumbung.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbelanjaan tersebut berdasarkan kepada keperluan semasa untuk memastikan stadium ini berada dalam keadaan baik dan mampu melaksanakan beberapa aktiviti, termasuk konsert, aktiviti dewan di Stadium Malawati dan perlawanan (bola sepak) di Stadium Shah Alam.

Menurutnya, perbelanjaan tersebut tidak termasuk kos penyelenggaraan berskala kecil sepanjang tempoh berkenaan.

“Sepanjang 2018 hingga 2022, sebanyak RM2.2 juta dibelanjakan untuk baik pulih beberapa kemudahan seperti mengecat pagar stadium, pembersihan beam dan naik taraf tandas dan bumbung.

“Sebanyak RM5.22 juta juga telah dibelanjakan bagi penyelenggaraan berkala seperti pembersihan luar dalam stadium, perkhidmatan kawalan keselamatan, penyelenggaraan lif, padang dan kerja-kerja elektrik serta sivil sepanjang tempoh terbabit,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Beliau berkata menjawab enam soalan bertulis secara serentak daripada Ketua Pembangkang, Datuk Rizam Ismail dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain.

Malah ADUN Sungai Tua itu turut mendakwa kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM600,000 bagi menggantikan bumbung polikarbonat dan kawasan lain yang terjejas teruk secara keseluruhan sebelum negara menjadi tuan rumah untuk temasya Sukan SEA pada 2017.

Dalam pada itu, Amirudin turut membuat perbandingan dengan penyelenggaraan dan naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil serta Stadium Tertutup Axia Arena apabila menerima pandangan syarikat bertanggungjawab, Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) yang mendakwa kos terbabit hampir sama dengan pembinaan baharu.

Katanya, kos baik pulih seperti disebut sebelum ini RM350 juta adalah berdasarkan taksiran daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 2013 dan mendakwa jumlahnya meningkat lebih sekali ganda ketika ini bagi keseluruhan komponen termasuk Stadium Malawati dan Stadium Mini.

“Pada hari ini, setelah kita membuat penilaian semula berdasarkan harga semasa dan kerosakan terkini bukan sahaja di Stadium Shah Alam, sudah tentu di Stadium Malawati dan Stadium Mini, kosnya meningkat lebih sekali ganda kepada kira-kira RM787 juta.

“Sebab itu, kita sedang pertimbangkan kalau kos naik taraf ataupun bina semula lebih rendah atau bersamaan dengan RM787 juta, lebih baik kita dapat bangunkan stadium baharu dan kedua-dua komponen (Stadium Malawati dan Stadium Mini) dikekalkan untuk kegunaan pembangunan sukan dalam Selangor,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.