PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM750,000 kerana memfitnah veteran dan pemimpin DAP mengaitkan mereka dengan komunis. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, bersidang bersama-sama Datin Paduka Evrol Mariette Peters dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar turut sebulat suara menolak rayuan silang yang dikemukakan oleh…










