PKR Lumut lapor polis terhadap Najib

PKR Lumut lapor polis terhadap Najib

ABDUL Razak Nazri (lima dari kiri) bersama ahli PKR Cabang Lumut selepas membuat laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak di IPD Manjung, Lumut, Perak, hari ini. - FOTO/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: PKR Cabang Lumut hari ini membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Razak yang didakwa bersikap cuai ketika menjadi Perdana Menteri sehingga menyebabkan waris kesultanan Sulu membuat tuntutan berjumlah kira-kira RM67.5 bilion terhadap Malaysia.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Cabang PKR Lumut, Abdul Razak Nazri, di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di Seri Manjung, tengah hari tadi.

Dalam laporan polis itu, Abdul Razak menyatakan waris kesultanan Sulu membuat tuntutan itu berikutan keputusan pentadbiran bekas Perdana Menteri itu menghentikan bayaran tahunan kepada waris tersebut pada 2013 sedangkan bayaran itu perlu dibayar setiap tahun seperti termaktub dalam perjanjian berkaitan.

Menurut laporan itu, sekiranya Najib tidak cuai menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri keenam, beliau seharusnya memastikan semua langkah diambil untuk menghalang dan menangani tindakan undang-undang selepas bayaran itu dihentikan.

Kata Abdul Razak, keputusan Najib itu mencetuskan tindak balas kesultanan Sulu dengan memulakan tindakan saman terhadap kerajaan Malaysia dengan notis mengenainya telah dihantar kepada pentadbiran beliau pada 2 November 2017.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya meminta pihak berkuasa menyiasat Najib di bawah peruntukan Kanun Jenayah sedia ada iaitu Akta 574 dan peraturan-peraturan yang mengikat seorang penjawat awam semasa dalam perkhidmatan seperti Perkara 132 (Perkhidmatan Awam) dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di bawah Pemberitahu Undangan Awam (P.U (A)) 395 Perlembagaan Persekutuan, untuk menentukan unsur-unsur kecuaian yang dilakukan oleh Najib.

“Kita mahu pihak berkuasa membuka kertas siasatan untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh teliti dan tanpa kecuaian yang boleh merugikan rakyat dan negara,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya