PKR buat 6 laporan polis terhadap Najib di Pulau Pinang

PKR buat enam laporan polis terhadap Najib di Pulau Pinang

FAHMI ZAINOL (lima dari kiri) selepas mengetuai beberapa ahli PKR khususnya dari Cabang Permatang Pauh membuat laporan polis terhadap Najib Tun Razak di IPD SPT, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sekurang-kurangnya enam laporan polis dibuat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Pinang semalam dalam usaha untuk mendakwa bekas Perdana Menteri itu berhubung kes tuntutan daripada waris Kumpulan Sulu.

Difahamkan, laporan itu dibuat oleh wakil daripada beberapa cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri termasuk dari Cabang Bayan Baru; Balik Pulau dan Wanita Permatang Pauh.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fahmi Zainol berkata, Najib perlu diheret ke ‘muka pengadilan’ kerana kecuaian bekas pemimpin itu telah menyebabkan negara kini berdepan dengan tuntutan berjumlah RM67.5 bilion daripada waris Kumpulan Sulu.

“Semua lapisan rakyat perlu tahu dan faham mengenai apa yang berlaku dalam isu ini hingga menyebabkan waris Kesultanan Sulu berani mengambil tindakan saman di peringkat antarabangsa terhadap Kerajaan Malaysia.

“Dalam hal ini, sekiranya beliau (Najib) tidak cuai dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri dan memastikan semua langkah diambil dalam menangani isu ini, sudah pasti mereka (waris kesultanan Sulu) tidak akan berani bertindak sedemikian,” katanya.

Terdahulu, Fahmi yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang mengetuai beberapa ahli PKR lain khususnya dari Cabang Permatang Pauh membuat laporan polis berhubung isu berkenaan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, di sini semalam.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini meminta semua pimpinan dan cabang parti itu di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pekan berkenaan berhubung dakwaan kecuaian semasa menjadi Perdana Menteri sehingga membawa kepada tuntutan waris kesultanan Sulu.

Menurutnya, undang-undang negara memperuntukkan rakyat boleh mengambil tindakan sama ada di bawah Kanun Jenayah atau tindakan saman sivil terhadap mana-mana penjawat awam yang cuai dalam menjalankan tugas awam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya