Perketat undang-undang elak hina Islam, Nabi Muhammad SAW

Perketat undang-undang elak perbuatan hina Islam, Nabi Muhammad SAW

WAN SALIM WAN MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Undang-undang sedia ada perlu disemak semula dan diperketatkan supaya dapat membendung individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab mengulangi perbuatan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, demi memelihara kestabilan negara dan kesejahteraan hidup bermasyarakat, pihak berkuasa perlu sentiasa bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina peribadi Nabi Muhammad SAW serta pelakunya perlu dikenakan hukuman yang lebih keras.

“Orang ramai juga tidak wajar bertindak sendirian untuk menghukum sesiapa yang menghina Baginda Rasulullah SAW, tetapi hendaklah menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengatasinya menurut saluran undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, tular satu video menghina Islam di laman sosial menunjukkan seorang lelaki didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dengan kata-kata makian.

Dalam video berdurasi 36 saat itu, lelaki berkenaan juga didakwa mencabar orang Melayu dan Islam supaya bertemu dengannya.

Susulan video berkenaan, seorang suspek berusia 39 tahun ditahan pukul 12.30 tengah hari semalam di sebuah rumah di Taman Bukit Kuchai, Puchong.

Menurut Wan Salim, sesiapa yang rajin mengamati dan meneliti sikap dan pendirian umat Islam di seluruh dunia dengan mudah dapat menyimpulkan tiada mana-mana manusia yang amat disayangi oleh para pengikutnya lebih daripada Nabi Muhammad SAW.

“Bagi umat Islam, Nabi Muhammad SAW bukan sahaja disanjungi dan dihormati sebagai seorang pemimpin paling agung yang pernah lahir di dunia sepanjang zaman.

“Malah Baginda adalah satu figura suci yang wajib diikuti dan dijadikan teladan paling utama dan ideal di dalam segenap lapangan kehidupan individu dan masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, kedudukan peribadi Baginda Rasulullah SAW yang begitu unggul dalam pandangan umatnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya