PETALING JAYA: Keputusan kerajaan mengekalkan subsidi ayam dan menetapkan harga siling RM9.40 sekilogram melegakan se mua pihak dengan tinjauan men dapati peniaga di seluruh negara mematuhi harga baharu tersebut.
Bagaimanapun, di sebalik ke le gaan itu tercetus kebimbangan harga minyak masak dibotol terutamanya bagi lima kilogram (kg) yang mencecah sehingga RM50 sebotol.
Kenaikan harga tersebut selepas kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak botol mulai semalam tetapi meneruskan penetapan harga siling bagi ayam dan telur ayam.
Tinjauan harga ayam di Pahang, mendapati semua peniaga di pasar-pasar dan pasar raya mematuhi harga kawalan bahan
mentah itu selain berpuas hati dengan penetapan harga baharu
tersebut.
Seorang peniaga di Pasar Besar Jerantut, Pahang yang mahu dikenali sebagai Mohamad, 27, berkata, harga siling baharu itu disifatkan masuk akal berbanding harga sebelum ini RM8.90 bagi sekilogram ayam standard.
“Harga kawalan RM8.90 membebankan peniaga ayam dan apabila ia dinaikkan kepada RM9.40, peniaga sudah boleh
menarik nafas lega,” katanya di semalam.
Kestabilan
Seorang lagi peniaga Mariyam Abdullah, 55, berkata, kami kumpulan peniaga mengharapkan kestabilan harga ayam berterusan bagi memasti pelanggan tidak tertekan.
“Kerajaan diharap mampu meneruskan kawalan harga yang ‘menang-menang’ antara pembekal, peniaga dan pembeli,” kata wanita itu yang sudah 20 tahun menjua
Berkuat kuasa 1 Julai, harga siling runcit ayam standard ditetapkan RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung selepas kerajaan mengambil keputusan tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya meneruskan pemberian subsidi.
Pada masa sama, harga siling runcit telur ayam turut ditetapkan pada kadar 0.45 sen/biji bagi gred A, gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji).
Di Perlis, rata-rata peniaga mendakwa dengan harga siling RM8.90 sekilogram sebelum ini, keuntungan menjual ayam merudum hingga 50 peratus.
Peniaga ayam, Mat Rozi Abdullah, 61, berkata, penetapan harga siling baharu membuatkan peniaga mula tersenyum setelah lama tertekan kerana ayam terpaksa dijual murah sebelum ini.
“Kami juga sudah tidak lagi mengenakan caj pemprosesan dan potong ayam. Semua percuma,” katanya,
Rahmah Abdul, 73, pula berkata, pembekal telah menurunkan harga ayam kepada RM7.10 sekilogram sejak kelmarin berbanding RM7.80 sekilogram sebelum ini.
Membantu
“Kami sambut baik keputusan kerajaan yang berusaha untuk membantu semua pihak termasuk peniaga. Kalau dulu ayam yang kami dapat mahal tetapi dijual murah,” katanya.
Di Selangor, kerajaan negeri itu bercadang untuk mengekalkan harga siling ayam standard RM8.90 sekilogram di negeri itu.
Exco Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu secara menyeluruh meliputi faktor kos dan bekalan ayam terutama menjelang satu mesyuarat pada Isnin depan.
“Kita akan cuba mengekalkan harga berkenaan pada RM8.90 berbanding harga siling baharu ketika ini,” katanya selepas merasmikan Durian Fest @ Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di SACC Mall di Shah Alam semalam.
Beliau berkata, bekalan ayam di seluruh Selangor mencukupi untuk sambutan Aidiladha minggu depan.
Sementara itu, semua pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara didapati menaikkan harga minyak masak botol melibatkan semua jenama antara 30 hingga 40 peratus bagi setiap botol berat 5kg dan berat 3kg.
Di Pulau Pinang, tinjauan di beberapa buah pasar raya mendapati harga minyak masak botol khususnya berat 5kg naik hampir sekali ganda iaitu kepada lebih RM50.
Sebagai contoh, sebuah kedai didapati menjual minyak masak botol 5kg pada harga RM45.85 berbanding hanya sebelum itu RM27.80.
Minyak masak
Bagaimanapun, kenaikan setakat ini hanya melibatkan minyak masak 5kg manakala bagi botol 2kg masih dijual pada harga lama iaitu antara RM12 hingga RM20.
Sementara itu, seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Akbar, 40-an, berkata, dia masih menjual minyak masak botol satu dan 2kg pada harga lama kerana barang tersebut masih stok lama.
“Saya tidak pasti berapa harga yang akan dijual selepas ini kerana bergantung kepada harga yang ditawarkan oleh pembekal,” katanya.
Situasi sama berlaku di Selangor apabila hampir semua kedai dan pasar raya menaikkan harga minyak masak botol.
Namun, harga minyak botol tersebut bergantung kepada jenama di mana ada sesetengah jenama masih kekal dijual pada harga RM29.70 bagi berat 5kg.
Seorang pembeli di Klang yang enggan dikenali berkata, sebagai pembeli mereka tiada pilihan kerana minyak masak keperluan buat isi rumah.
Bagaimanapun, dia berharap kerajaan mencari mekanisme terbaik bagi mengatasi masalah minyak masak terbabit.
“Memandangkan harga minyak masak botol mahal, paling murah pun sekitar RM6 sebotol, kerajaan perlu mengeluarkan lebih banyak minyak peket yang bersubsidi kepada rakyat,” katanya semalam.
Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula kelmarin.- UTUSAN










