Pelajar ijazah kelas pertama tak perlu bayar PTPTN 

Pengecualian bayaran balik PTPTN kepada pelajar ijazah kelas pertama 

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama wakil penerima Penghargaan Sekolah Perintis Kelab Simpanan Pendidikan diiringi oleh Pengerusi PTPTN, Apli Yusoff (tiga dari kiri) dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (empat dari kiri) pada Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengembalikan semula keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian itu melibatkan peminjam yang menamatkan pengajian bermula 2019.

Katanya, keistimewaan itu akan diberikan kepada mereka yang layak tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

“Saya berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara ini dari segi peruntukan yang terlibat.

“Ini sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC), di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 3.67 juta Keluarga Malaysia telah dibantu bagi meneruskan pengajian dengan keseluruhan pinjaman berjumlah RM66.87 bilion sehingga kini.

Katanya, setakat akhir bulan lalu, lebih 2 juta atau 82.04 peratus peminjam telah membayar balik pinjaman dengan jumlah kutipan sebanyak RM17.8 bilion.

“Terima kasih saya ucapkan kepada para peminjam yang komited membuat bayaran balik. 

“Bagi yang belum berbuat demikian, saya menasihatkan supaya melunaskan pinjaman agar proses pinjaman kepada peminjam lain seterusnya tidak tertangguh,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan melalui PTPTN telah menyediakan peruntukan lebih RM3 bilion setahun bagi membiayai pinjaman pendidikan kepada purata lebih 180,000 pelajar baharu yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya