PDRM sambut baik pelanjutan SOSMA, penubuhan IPCC

PDRM sambut baik pelanjutan SOSMA, penubuhan IPCC

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik keputusan Dewan Rakyat semalam yang telah meluluskan usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)  2012 (SOSMA) dan meluluskan usul Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM amat menghargai usaha kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang telah mengemukakan semula usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)  2012 (SOSMA) selain membacakan RUU IPCC 2020 untuk kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat.

Kata beliau, komitmen pihak KDN dan Ahli Parlimen dalam membolehkan usul pelanjutan tempoh kuat kuasa kedua-dua undang-undang itu diluluskan adalah sokongan yang sangat besar dalam penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.

“PDRM komited untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Perkembangan melibatkan pelanjutan ini akan memberikan peluang untuk PDRM menjalankan tanggungjawab berkenaan dengan lebih efisien demi kesejahteraan keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Acryl Sani memberitahu, PDRM turut menyambut baik usaha kerajaan ke arah penubuhan IPCC demi mengembalikan keyakinan masyarakat kepada PDRM.

Terdahulu, persidangan Dewan Rakyat semalam tertumpu kepada usul KDN untuk membentangkan semula lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang ditolak oleh majoriti ahli Parlimen pada Mac lalu.

Menurut aturan urusan mesyuarat dan usul-usul Dewan Rakyat semalam, usul tersebut berada di senarai kelima, namun tidak dapat dipastikan jika sempat dibentangkan kerana terdapat Rang Undang-Undang (RUU) berkait sistem insurans pekerjaan, keselamatan sosial suri rumah, mahkamah kehakiman dan kanun tatacara jenayah perlu dibaca untuk kali kedua.

Tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA dihadkan kepada lima tahun sahaja bagi mewujudkan elemen semak dan imbang dalam penguatkuasaannya, bagaimanapun, ia boleh disemak dan dilanjutkan jika mendapat kelulusan Parlimen.

Baru-baru ini, KDN berjaya membatalkan keputusan Dewan Rakyat pada 23 Mac lalu, yang menolak usul melanjutkan tempoh penguatkuatkuasaannya supaya tempoh tahanan 28 hari dikekalkan selama lima tahun lagi mulai hujung bulan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya