Najib sendiri henti bayaran, tidak rujuk Kabinet dan Parlimen

Tuntutan waris Sulu: Najib sendiri henti bayaran, tidak rujuk Kabinet dan Parlimen – Tun M

TUN Dr. Mahathir Mohamad pada Majlis Perasmian Kejayaan Pelajar Cemerlang SPM 2021 PTTI dan sesi Wacana Hala Tuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian Negara di ibu negara, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan kerajaan menghentikan bayaran RM5,300 setahun kepada waris kumpulan Sulu pada 2013 dibuat sendiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain.

Katanya, beliau tidak pernah cuba mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat oleh Najib berhubung tuntutan tersebut.

“Saya dengar Najib tak nak bayar Sulu ketika itu. Pada masa itu, saya sokong sahaja, tetapi dia yang buat keputusan.

“Saya juga diberitahu, keputusan itu tidak perlu dirujuk kepada Kabinet atau Dewan Rakyat, dia yang buat keputusan,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri  Majlis Perasmian Kejayaan Pelajar Cemerlang SPM 2021 PTTI dan sesi Wacana Hala Tuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian Negara di ibu negara, semalam.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan ketika itu seharusnya menyiasat terlebih dahulu sama ada serangan di Lahad Datu itu benar-benar didalangi waris Sulu sebelum bayaran tahunan itu dihentikan serta-merta.

“Kita dah janji untuk bayar tiap-tiap tahun sekian banyak duit, jadi kita janji kena tunai janji. Walaupun serangan tetapi kita tak tahu serangan itu oleh Sulu atau orang lain.

“Jadi, kita kena kaji dulu dan dapat pengesahan bahawa yang menyerang itu adalah keturunan Sulu baru boleh berhenti, tapi tak ada kajian, terus berhenti,” katanya.

Namun, Dr. Mahathir menyifatkan, isu tuntutan kumpulan Sulu boleh diselesaikan jika ada persefahaman antara kedua belah pihak.

“Bila kita berhenti bayar, maka mereka bawa kes itu ke mahkamah di Sepanyol tapi kita tak iktiraf mereka kerana dalam tuntutan itu, mereka beri pendapat atau pertahankan hak mereka dan dia (mahkamah) buat keputusan sebelah pihak sahaja. Sebab itu, kita tak bagi kuasa kepada Mahkamah Sepanyol.

“Sebaliknya, bila kita nak ada penghakiman macam Pulau Batu Puteh, Pulau Sipadan dan Ligitan, kita bersetuju dengan pihak umum supaya dirujuk kepada mahkamah dan kita akan terima semua hal yang dibuat oleh mahkamah,” katanya.

Semalam, Najib memuat naik keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 13 Mac 2013 bertajuk ‘Henti bayar kerana langgar syarat’ mendedahkan bahawa Mahathir bersetuju dengan cadangan supaya kerajaan menghentikan bayaran tahunan kepada waris Sulu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya