MySejahtera kini dilengkapi ciri baharu - KJ - Utusan Malaysia

MySejahtera kini dilengkapi ciri baharu – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aplikasi MySejahtera kini berwajah baru dengan pertambahan ciri-ciri baharu maklumat kesihatan yang lebih menyeluruh. 

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran di laman Twitter, hari ini. 

Menurut Khairy, ciri baharu itu dilengkapi dengan lebih menyeluruh bagi membolehkan pengguna memantau maklumat kesihatan diri sendiri serta tanggungan mereka. 

“MySejahtera kini berwajah baharu dengan ciri-ciri baharu yang dapat membantu kita pantau dan lihat maklumat kesihatan kita. Rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera. 

“Kemas kini aplikasi anda mulai hari ini untuk mendapatkan ciri-ciri baharu ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya