Bantu Kementerian Pendidikan baik pulih kuarters guru

Kontraktor Bumiputera bantu Kementerian Pendidikan baik pulih kuarters guru

Persatuan Kontraktor Bumiputera sedia bantu Kementerian Pendidikan baik pulih kuarters guru. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) sedia bekerjasama membantu Kementerian Pendidikan (KPM) membaik pulih kuarters-kuarters guru terbiar atau terbengkalai di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Azman Yusoff berkata, beliau sedia maklum dengan keadaan kuarters-kuarters guru yang dilihat terbiar dan daif, tetapi, boleh didiami sekiranya kerja membaik pulih dapat dilakukan.

Menurut beliau, kepakaran yang kontraktor peroleh adalah bertepatan dalam membantu pihak kerajaan membaik pulih dan menyelenggara bangunan-banggunan tersebut supaya dapat didiami oleh kakitangan sekolah.

“Kita menyambut baik kenyataan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkenaan dengan kuarters lama yang perlu dibaik pulih semula dan kita amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan kementerian untuk menjalankan tugas tersebut.

“Saya lihat, kuarters-kuarters lama itu juga tidak perlu dirobohkan dan dibina semula kerana ia akan mengakibatkan kos tinggi yang perlu ditanggung kerajaan, tetapi untuk menyelenggara atau memperbaiki memang kami boleh lakukan dengan mudah serta cepat,” katanya Ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, KPM dicadang mengenal pasti kuarters-kuarters guru terbiar di seluruh negara yang berpotensi ditawarkan semula untuk didiami kakitangan di bawah kementerian tersebut sebelum dibaik pulih.

Mengulas lanjut, Azman berkata, seramai 20,000 ahli persatuannya di seluruh negara bersedia untuk membantu kerajaan dalam mengenal pasti bangunan yang boleh dibaik pulih untuk dijadikan kediaman guru-guru.

“Ahli-ahli persatuan ada di seluruh negara, jadi kami boleh beri senarai kontraktor kepada kerajaan untuk membantu mereka membina, membaik pulih dan sebagainya. Kami akan lakukan yang terbaik semampu kami,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Guild of Bumiputra Contractors Wibawa Berhad (GBC Wibawa Berhad), Yahya Mat turut bersependapat dengan itu dan bersedia membantu kementerian melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Bagaimanapun, jelasnya, ker­jasama itu perlu dilakukan melalui situasi-situasi menang kerana kos bahan binaan juga sedang meningkat, jadi, rundingan perlu dilakukan supaya kontraktor tidak terbeban dan kebajikan para pendidik turut terjaga.

“Kita sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana pelawaan, rundingan atau libat urus bersama kementerian, agensi, badan bukan kerajaan dan sebagainya dengan objektif untuk menyediakan tempat kediaman untuk guru-guru,” ujarnya.

Tambahnya, kementerian juga perlu membuat tinjauna kepada guru-guru supaya dapat mengenal pasti permintaan kuarters mana yang perlu dibaik pulih.

“Sekiranya kuarters itu mempunyai 50 pintu tetapi hanya didiami dalam 10 pintu ia akan menyebabkan pembaziran, kita dalam masa sama mahu elakkan sebarang kerugian jadi Kementerian Pendidikan membuat tinjauan supaya dapat kenal pasti permintaan daripada tenaga pengajar,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya