[KONGRES PKR] 'Jangan lupa Timbalan Presiden pun tinggal kita'

[KONGRES PKR] ‘Jangan lupa Timbalan Presiden pun tinggal kita’

WAN Azizah Wan Ismail berucap sewaktu Kongres Nasional PKR Ke-16 di IDCC Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mengimbas kesetiaan anggota parti PKR sewaktu dilanda krisis, Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan insiden bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggalkan parti itu, disertai beberapa pimpinan lain sehingga kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang. 

Katanya, ia bukan perkara baharu dalam sesebuah organisasi, namun menjadi ujian untuk ditempuhi setiap ahli berhubung tahap nilai kesetiaan masing-masing. 

“Dalam tempoh 23 tahun ini tidak sedikit daya juang dan kesetiaan kita pada parti telah tergugat. Dengan pelbagai mihnah, tohmah, kemelut, perpecahan dan tiada disiplin pada keputusan. Cukup rencam serta memberi kesan kepada kestabilan organisasi. 

“Tapi ini bukan baharu. Timbalan pertama pun tinggalkan kita, jangan lupa,” katanya ketika merasmikan Kongres Nasional bagi sayap Wanita di Pusat Konvensyen (IDCC), Shah Alam, hari ini. 

Wan Azizah dalam masa yang sama  mengingatkan supaya tidak ada mana-mana pihak yang menjadi api dalam sekam sehingga menghancurkan penyatuan yang telah dibina parti berkenaan.

“Saya biasa kalah tetapi tak bermaksud saya memusuhi (lawan). Semua ahli keluarga. Pemilihan sudah berakhir, inilah masanya untuk kita kembali merangkul kekuatan dan terus konsisten dengan perjuangan asal kita.

“Kita tak bermusuh. Kita parti yang sama. Kalau nak tinggalkan…pergilah tetapi jangan jadi musuh dalam selimut. Api dalam serkam. Jangan hancurkan apa yang kita bina sama-sama,” katanya.

Menyifatkan Kongres Nasional 2022 kali ini adalah penting, Wan Azizah dalam masa yang sama turut berharap agar semua anggota parti bersatu menghadapi Pilihan raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dikira cukup mencabar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya