Sze Fei-Izzuddin juara Terbuka Indonesia

Sze Fei-Izzuddin juara Terbuka Indonesia

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani muncul juara Terbuka Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2026 di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia, hari ini.

Gandingan No. 8 dunia itu menewaskan wakil tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin yang menghuni ranking ke-12 dunia 13-21, 21-18, 21-10 dalam masa 49 minit pada perlawanan akhir.

Kejayaan tersebut merupakan gelaran kedua kejohanan berstandard Super 1,000 dimenangi Sze Fei-Izzuddin, selepas berbuat demikian pada Terbuka China, dua tahun lalu.

Bekas pasangan No. 1 dunia itu juga menamatkan kemarau 18 tahun beregu Malaysia merangkul gelaran pada Terbuka Indonesia, selepas Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari memenanginya pada 2008.

Selaku juara, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$107,300 (RM432,365) trofi dan pingat emas.

Izzuddin ketika ditemu bual selepas perlawanan berkata, kemenangan tersebut amat bermakna untuk dia dan Sze Fei.

“Tidak mudah menang di sini, kami berdua telah memberikan yang terbaik untuk menang,” katanya.

Sze Fei pula berkata, mereka berdua bukan sahaja terpaksa berdepan Raymond-Nikolaus, tetapi seluruh Istora Senayan.

“Tidak mudah kalahkan satu Istora Senayan. Terima kasih dia atas sokongan anda,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN