PASIR GUDANG: Hubungan baik antara Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan terjejas susulan komentar yang dilaporkan dalam temu bual dengan sebuah agensi media. Exco Pemuda UMNO, Noor Azleen Ambros berkata, pelbagai pihak akan membuat 1,001 tafsiran mengikut kehendak dan selera masing-masing terhadap pandangan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin. “Musuh sudah tentulah menangguk di air keruh memainkan isu ini mengikut naratif jahat…










