Keputusan Indonesia beku hantar pekerja tidak jejaskan tenaga kerja asing 

Keputusan Indonesia beku hantar pekerja tidak jejaskan tenaga kerja asing 

HAMZAH Zainudin menyampaikan surat kewarganegaraan kepada Ahmad Umar Harish Shahrom Abdullah pada Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan di Kompleks D, Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Langkah Indonesia membekukan sementara penghantaran pekerja ke Malaysia langsung tidak menjejaskan keperluan tenaga kerja asing di negara ini. 

Menjelaskan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Malaysia masih mempunyai 14 negara sumber lain yang boleh menampung keperluan itu. 

“Kita ada ramai warga asing yang mahu datang duduk bekerja di sini. Setakat ini, jumlah tenaga kerja asing terbesar adalah dari Bangladesh,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Surat Keputusan Kewarganegaraan di sini hari ini.

Selain Indonesia, Malaysia turut memperoleh tenaga kerja asing daripada Bangladesh, Thailand, India, Filipina, Kemboja, Laos, Nepal, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan. 

Sebelum ini, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono memaklumkan Indonesia akan membekukan sementara kemasukan semua pekerja ke Malaysia serta-merta. 

Ia susulan pelanggaran syarat-syarat dalam memorandum persefahaman (MoU) pekerja domestik antara kedua-dua negara yang ditandatangani tiga bulan lalu.

Hermono berkata, surat itu menyebut pelanggaran terma dalam MoU mengenai pengambilan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani pada 1 April.

Berhubung dakwaan Hermono yang mengaitkan isu Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS) sebagai pelanggaran kepada MoU itu, Hamzah berkata, sistem dalam talian itu adalah sesuatu yang Malaysia sudah umumkan kepada satu dunia. 

“Sistem itu bukan hanya untuk Indonesia sahaja tapi untuk semua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya