Enam ADUN termasuk dua DAP persoal projek Stadium Shah Alam

Enam ADUN termasuk dua DAP persoal projek Stadium Shah Alam

RIZAM Ismail membangkitkan isu Stadium Shah Alam ketika membahaskan Rancangan Selangor Pertama dalam Sidang DUN di Bangunan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) termasuk Stadium Shah Alam yang melibatkan taksiran kos sehingga RM787 juta menjadi isu yang dipersoalkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Hal tersebut dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Rizam Ismail yang mempersoal keperluan sama ada pembangunan semula atau baik pulih stadium berusia hampir 30 tahun itu ketika membahaskan Rancangan Selangor Pertama (RS1).

Beliau mempersoalkan taksiran sehingga RM787 juta yang dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada 15 Julai lalu dan semalam dalam Sidang DUN semalam apabila kos tersebut tidak diperincikan.

“Kes yang paling klasik adalah kemelut Stadium Shah Alam yang sudah hampir sembilan tahun, akhirnya baru-baru ini Menteri Besar umum penyerahan surat tunjuk niat. Tetapi adakah ini benar-benar realiti ataupun sandiwara politik yang mahu mengaburi rakyat disebalik kelemahan tadbir urus kerajaan negeri.

“Tetapi angka tersebut tidak mendatangkan sebarang perincian yang teliti apatah lagi penjelasan keperluan belanja sebegitu tinggi, yang beliau sebutkan hanyalah sistem infrastruktur yang sudah berusia lebih 20 tahun,” katanya.

Malah, beliau menegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu perlu membentangkan taksiran tersebut kepada rakyat Selangor dan menerangkan kerosakan sebenar secara terperinci pada stadium tersebut.

Perbahasan tersebut kemudian disambut ADUN Kuang, Sallehudin Amirudin, yang mempertikai keperluan kerajaan negeri menggantikan bumbung polikarbonat yang dikenalpasti sebagai bahan tidak tahan lama, sebelum ini.

Selain itu, turut bangkit adalah ADUN Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew (DAP) yang mendakwa terkejut dengan kos taksiran dinyatakan Menteri Besar dan menyifatkannya sebagai terlalu tinggi.

Dalam pada itu, beberapa ADUN lain seperti Datuk Mohd. Imran Tamrin (Sungai Panjang – BN), Lau Weng San (Banting- DAP) dan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang – Pas) turut bangkit mempertikaikan isu terbabit termasuk timbal balik yang ditawarkan kepada syarikat swasta.

Rizam yang merupakan ADUN Sungai Air Tawar menambah, pengurusannya adalah gagal apabila perbelanjaan-perbelanjaan yang dilakukan sebelum ini akhirnya menyebabkan stadium tersebut tidak dapat digunakan.

“Saya setuju sangatlah Sungai Pelek, kalau kos sahaja sampai RM787 juta, walhal tidak. Kalau pembinaan ini berbentuk land swap, sudah pasti esok penghasilannya tidak seperti yang diharapkan.

“Sebab itu, kita kena lihat balik, jangan terpesona dengan kononnya hendak dibuat pembangunan mega ratusan juta ringgit, tetapi cagarannya apa? Adakah land swap ataupun memang ada syarikat hendak bina secara percuma? Saya rasa tak mungki,” selarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya