Chatime sumbang daging korban kepada lebih 1,000 keluarga

Chatime sumbang daging korban kepada lebih 1,000 keluarga

CHATIME Malaysia dan EzQurban menganjurkan program ibadah korban di tiga lokasi terpilih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 1,000 keluarga menerima manfaat agihan daging korban melalui program yang dianjurkan Chatime Malaysia dengan kerjasama EzQurban.

Program ibadah korban itu disertai bersama 300 sukarelawan di tiga lokasi terpilih iaitu Masjid Jamek Sungai Plong, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail dan Surau Taman Sri Hartamas.

Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, langkah yang diambil itu selaras dengan pengaktifan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah inisiatif ChatimeCares.

“Ia juga mendorong kami terus konsisten dalam membuat perubahan positif dalam kalangan komuniti-komuniti yang amat memerlukan bantuan. 

“Sebagai jenama global yang bertapak kukuh di Malaysia, kami mahu lakukan yang terbaik dalam membantu rakyat Malaysia yang memerlukannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi Pengarah Eksekutif Chatime Malaysia, Widayu Latiff pula, pihaknya amat menggalakkan badan korporat lain untuk turut sama memberi bantuan kepada rakyat di negara ini.

“Walaupun kami cuba yang terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan, semua ini tidak mampu dilakukan secara bersendirian. 

“Kami amat menggalakkan badan-badan korporat dan komersial serta individu lain untuk turut serta menghulurkan bantuan melalui agihan hari ini sambil kita menempuhi fasa endemik yang amat mencabar,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya