Anggota tentera maut terkena renjatan elektrik

Anggota tentera maut terkena renjatan elektrik

MAYAT anggota tentera yang dipercayai mati akibat renjatan elektrik akan dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tampin.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang anggota tentera meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang bertugas di Pos Zulu Kem Asahan berhampiran Kem Syed Sirajuddin Gemas, di sini malam semalam.

Mangsa, Mark Anak Rungai, 38, difahamkan tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan elektrik semasa penyambungan set generator dilakukan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman berkata, berdasarkan siasatan, pada pukul 7.35 malam semalam, pasukan yang berada di Markas Garison Kem Syed Sirajuddin menerima panggilan dari anggota bertugas Pos Zulu, Kem Asahan memaklumkan kejadian yang menimpa mangsa.

“Ketua Polis Balai Air Kuning Selatan bersama anggota telah ke lokasi kejadian dan mendapati mayat mangsa telah berada di Hospital Tentera Darat, Kem Syed Sirajuddin.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian semasa mangsa mahu menyambung wayar lampu ke generator yang telah dihidupkan dan telah berlaku renjatan elektrik ke atas mangsa. Kejadian tersebut disaksikan oleh rakan setugas mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Amiruddien, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas di Kem Tentera Darat, Kem Syed Sirajuddin, kira-kira pukul 10.30 malam dan hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tiada kecederaan serta unsur-unsur jenayah ditemui.

“Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tampin bagi mengetahui punca kematian. Kes ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya lagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.