19 set bubu naga dirampas 

19 set bubu naga dirampas 

BUBU naga yang dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Batu Kawan, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang merampas 19 set bubu naga di dua lokasi berbeza di perairan Batu Kawan, dekat sini semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim  Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, bubu naga itu dirampas di kedudukan kira-kira 2.9 kilometer barat daya perairan Batu Kawan antara pukul 4.15 hingga 4.40 petang. 

Katanya, pemantauan berterusan melalui rutin Op Pertiwi yang dilakukan bot ronda Maritim Pulau Pinang mengesan objek terapung yang mencurigakan di dua lokasi itu dan berjaya menemukan 19 set bubu naga yang dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab. 

“Kesemua bubu naga tersebut dirampas dengan anggaran nilai RM2,280 dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut. 

”Penggunaan bubu naga diharamkan di laut kerana sifatnya yang tidak selektif dan merosakkan ekosistem marin serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

”Nelayan diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN