Ubat perangsang, kosmetik antara dirampas Kementerian Kesihatan

Ubat perangsang, kosmetik antara dirampas Kementerian Kesihatan

DZAFARULLAH Daud (dua, kiri) melihat pameran ubat-ubatan dan produk pada Program Jelajah Scan, Sahih dan Selamat dekat MSU di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Produk perangsang seks, pelangsing badan dan pemutih kulit antara sebahagian daripada  857 jenis ubat-ubatan dan suplemen kesihatan tidak berdaftar bernilai RM4.2 juta dirampas pihak berkuasa di Selangor.

Rampasan produk haram itu dilakukan menerusi 124 serbuan dilakukan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan negeri sepanjang tempoh sehingga bulan lalu.

Timbalan Pengarah (Farmasi) Kesihatan Selangor, Dzafarullah Daud berkata, kesemua serbuan itu dilakukan pihaknya menerusi hasil maklumat awam dan risikan pihaknya yang kebiasaannya selama dua bulan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati produk itu tidak berdaftar dengan KKM sekaligus mendatangkan risiko kepada masyarakat.

“Siasatan kes itu dijalankan mengikut  Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya ketika ditemui pada program Jelajah Scan, Sahih dan Selamat di Management & Science University (MSU), hari ini.

Jelas Dzafarullah, pihaknya turut menyaring dan menyekat 264 laman sewasang atau media sosial yang didapati melanggar peraturan ditetapkan sepanjang tahun lalu.

“Ia termasuk melibatkan kesalahan mengiklan dan menjual ubat-ubatan dan suplemen kesihatan yang tidak berdaftar. KKM sentiasa proaktif menjalankan pemantauan seumpama itu selain pemeriksaan dan serbuan ke atas premis penjualan,” ujarnya.

Tambah beliau, kesemua ubatan dan suplemen kesihatan perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan kepada umum.

“Pendaftaran itu merupakan kaedah yang ditetapkan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Ia bertujuan menjamin keselamatan, keberkesanan dan kualiti semua ubat-ubatan dan suplemen kesihatan,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN