Tukang cuci masjid didakwa rogol remaja - Utusan Malaysia

Tukang cuci masjid didakwa rogol remaja

ANGGOTA polis mengiringi Muhammad Khairul Arif Md. Rozi (tengah) dan Muhammad Mustaqim Nazri yang menghadapi pertuduhan rogol seorang remaja di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua tukang cuci masjid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di sebuah garaj di Jalan Merbau dekat sini, pada tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh iaitu Muhammad Khairul Arif Md. Rodzi,18, dan Muhammad Mustaqim Nazri, 18, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa merogol seorang remaja perempuan yang berusia 13 tahun empat bulan semasa kejadian.

Kesalahan itu dilakukan Muhammad Khairul Arif dan Muhammad Mustaqim di sebuah garaj di Jalan Merbau Seksyen 3 di sini kira-kira pukul 11 malam hingga 5 pagi pada 28 hingga 29 Julai 2021.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nor Alini Ahmad Jamil.

Terdahulu, Wan Nurul Hanini tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh selepas mendapati mereka melakukan kesalahan serius terhadap mangsa.

Nor Alini dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan kedua-dua tertuduh diikat jamin yang rendah kerana mereka hanya bekerja sebagai tukang cuci masjid untuk mencari rezeki bagi membantu keluarga masing-masing.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu tidak dibenarkan oleh mahkamah untuk diikat jamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 20 Julai depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya