Tuju Setia bida projek RM2.8 bilion - Utusan Malaysia

Tuju Setia bida projek RM2.8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat penyedia perkhidmatan pembinaan, Tuju Setia Berhad menyertai tender projek bernilai RM2.8 bilion untuk membina bangunan bertingkat dan perindustrian serta hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan.

Pengarah Urusannya, Wee Eng Kong berkata, walaupun harga bahan binaan seperti keluli dan konkrit meningkat, masih terdapat tender aktif untuk bangunan penting seperti kediaman, hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan.

“Kepakaran kami adalah membina bangunan tinggi terutamanya kediaman mampu milik hingga premium dan bangunan komersial yang terletak secara strategik di kawasan yang mempunyai permintaan kukuh.

“Dua kontrak terbaharu yang diperolehi daripada Sunway mencerminkan permintaan ini,” katanya dalam kenyataan.

Buku pesanan semasa Tuju Setia bernilai RM1.5 bilion termasuk kemenangan baru-baru ini sebanyak RM257 juta untuk Jernih Residence (Kajang) yang diperoleh pada 20 Jun lalu dan Sunway d’hill Residence (Petaling Jaya) bernilai RM311.7 juta yang dimenangi pada 30 Disember 2021.

Projek lain yang sedang dijalankan ialah Mutiara Central Office Suites (Cheras), Riana Dutamas-Fasa 2 (Segambut), Lakefront Condominiums at Emerald Hills (Cheras), TUAI Residence (Setia Alam), The Pulse Residence (Puchong), 121 Residence (Petaling Jaya), One Equine (Seri Kembangan), dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kajang.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan, para pemegang saham meluluskan dividen akhir sebanyak 0.5 sen sesaham bagi tahun kewangan 2021, dengan tarikh akhir pada 5 Julai 2022 dan tarikh pembayaran pada 20 Julai 2022. 

Bersama dengan dividen interim pertama sebanyak 0.5 sen yang dibayar pada 20 Januari lalu, jumlah pembayaran dividen 2021 akan berjumlah RM3.2 juta atau 39 peratus daripada keuntungan bersih tahun tersebut. 

Ini melebihi dasar dividen Tuju Setia untuk mengagihkan 25 peratus daripada keuntungan bersih tahunan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya