Sultan Selangor titah tukar nama jalan, Persiaran Tun Arshad Ayub

Sultan Selangor titah tukar nama jalan, Persiaran Tun Arshad Ayub

PERSIARAN Tun Arshad Ayub menjadi nama jalan baharu menggantikan Persiaran Institut yang menghubungkan kampus induk UiTM di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Persiaran Institut di Seksyen 1 yang menghubungkan bulatan di Seksyen 2 di sini dengan persimpangan Persiaran Kayangan di Seksyen 7 akan ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah Jalan tersebut ditukar sempena nama Allahyarham Arshad sebagai Pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini merupakan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan memaklumkan, titah pertukaran tersebut sudah pun diluluskan dan akan dikuatkuasakan serta merta oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Pertukaran nama persiaran ini merangkumi jalan sepanjang 1.62 kilometer yang bermula dari Bulatan Bestari Seksyen 2 (di hadapan pintu masuk utama UiTM) hingga ke persimpangan lampu isyarat (berhampiran Universiti Selangor) Seksyen 7.

“Penukaran nama persiaran ini adalah bagi mengenang jasa Allahyarham Tun Arshad Ayub yang merupakan tokoh pendidikan negara yang dihormati dan disegani serta banyak berjasa dalam memperkasakan sistem pengajian tinggi di negara ini khususnya pembangunan UiTM,” katanya hari ini.

Allahyarham Arshad Ayub yang merupakan Pro-Canselor UiTM menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.06 pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital KPJ Damansara.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin bertitah dengan menyifatkan sebagai tokoh pelopor inovasi pendidikan dan pentadbiran yang sukar dicari ganti.

Baginda bertitah, kagum usaha Allahyarham yang mempunyai visi dan pandangan jauh dalam merancang sesuatu perkara.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan perutusan takziah kepada waris dan keluarga tokoh pendidikan negara itu.

Titah baginda lagi, penubuhan UiTM yang diasaskan Allahyarham bertujuan memberi peluang kepada pelajar kurang bernasib baik terutama luar bandar melalui program-program yang diadakan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, di sini, pada petang, 14 Jun lalu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya