Raja Perlis pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja - Utusan Malaysia

Raja Perlis pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Mesyuarat Majlis Raja-Raja dipengerusikan Raja Perlis di Istana Negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mempe­ngerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 di Istana Negara.

Memetik laporan Bernama, Mesyuarat itu berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 9 dan 10 Mac lepas yang dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Terdahulu, sebelum mempe­ngerusikan mesyuarat yang bermula 11 pagi, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama yang dibarisi Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama.

Tuanku Syed Sirajuddin kemudian berkenan menanam pokok Keriang di pekarangan Istana Negara sebagai simbolik Raja Perlis mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada kali ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, turut ber­kenan menyaksikan Majlis Pe­nanaman Pokok tersebut.

Mesyuarat dua hari bermula semalam turut dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan, Pahang dan Johor.

Raja-Raja yang berangkat ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Sementara itu, Kelantan diwakili Tengku Mahkota, Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra; Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal, manakala Johor diwakili Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.