Sultan Johor

Perhimpunan jalanan bukan penyelesaian terbaik – Sultan Johor

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan tindakan mengadakan perhimpunan jalanan sebagaimana dicadangkan seorang  pemimpin DAP bukan cara bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian yang membina.

Sultan Ibrahim bertitah, sebaliknya suara atau pandangan daripada masyarakat boleh disampaikan kepada kerajaan menerusi pelbagai forum lain.

“Tidak cukup peritkah pengajaran daripada demonstrasi yang menjadi detik hitam dalam sejarah negara kita seperti pada tahun 1969, dan tidak lama dahulu, perhimpunan Bersih.

“Ia tidak mencapai sebarang matlamat, selain mengakibatkan kekecohan dan kerosakan. Ini bukan cara negara kita, tiada yang menang. Semuanya akan rugi dan kita tidak tahu berapa lama kita boleh pulih daripada kesan perhimpunan sebegitu.

“Undang-undang negara kita mesti dihormati. Janganlah buat kenyataan berbaur hasutan kerana ia tidak membantu, sedangkan ada banyak saluran yang lebih membina untuk menyuarakan pandangan,” titah baginda dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baru-baru ini, anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali mengeluarkan kenyataan mengajak rakyat berhimpun beramai-ramai sebagai tanda protes susulan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa perhimpunan jalanan juga akan memberi impak negatif terhadap ekonomi negara, menakutkan pelabur asing dan merencatkan pemulihan negara daripada pandemik Covid-19.

“Janganlah buat perhimpunan sebegini. Pertumbuhan negara kita mesti dipupuk menerusi dialog yang matang, bukan tindakan yang akan mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara,” titah baginda.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya