Pemimpin UMNO tak perlu layan sikap ‘anjing salak bukit’

Pemimpin UMNO tak perlu layan sikap ‘anjing salak bukit’

SYED MOHD. JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: UMNO perlu terus memandang ke depan selain memperkemas jentera parti bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) daripada melayan individu tertentu yang bersikap seperti anjing menyalak bukit.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kepimpinan parti itu juga tidak perlu membuat apa-apa penjelasan berhubung sebarang dakwaan dilemparkan terhadap mereka. 

Dalam masa sama katanya, tiada keperluan untuk kalangan ahli UMNO ‘membaling batu kepada anjing yang sedang menyalak’ kerana salakan yang dilakukan itu hanya sia-sia.

“Mana ada dalam sejarah politik Malaysia pemimpin yang dipecat memuji mereka yang memecatnya. Perkara itu adalah lumrah dan kalau terjadi sedemikian, itu tentunya sesuatu yang ‘pelik bin ajaib’.

“Dalam Majlis Tertinggi UMNO, ‘orang itu’ antara yang paling senior. Sepatutnya kalau dikatakan pemimpin dan pejuang Melayu Islam, tunjukkanlah sifat pemimpin Islam dan perbetulkan niat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Walaupun tidak menyatakan sebarang nama, kenyataan tersebut dipercayai ditujukan kepada bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang membuat pelbagai dakwaan terhadap pimpinan parti itu semalam.

Antara dakwaan tersebut adalah terdapatnya kerjasama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga kalangan Ahli Parlimen UMNO diminta menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Mengulas perkara itu, Syed Mohd. Johan berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu pun kepimpinan parti tidak perlu melayan perkara seperti itu.

Beliau berpandangan, isu ditimbulkan itu hanyalah bertujuan untuk menimbulkan kebencian ahli parti serta masyarakat umum terhadap Ahmad Zahid secara peribadi.

“Rata-rata ahli UMNO dilihat tenang sahaja. Isunya sudah basi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN