LKIM wajib beli ikan nelayan - Utusan Malaysia

LKIM wajib beli ikan nelayan

nelayan
Para nelayan kecil tempatan kelihatan sibuk memunggah hasil tangkapan selepas pulang ke perairan Pantai Merchang ketika tinjauan. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) perlu dibenarkan membeli ikan secara terus daripada nelayan sekali gus melenyapkan peranan orang tengah yang me-nguasai pasaran dan menindas nelayan.
Langkah itu juga selari de-ngan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu memerangi golo-ngan itu melalui Jihad Orang Tengah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, selama ini, dasar supaya nelayan menjual terus ikan kepada LKIM tidak dilaksanakan menyebabkan mereka menjual kepada pe-raih-peraih atau orang tengah sehingga memberi peluang kepada pihak tersebut ‘menekan’ harga.
Menurut beliau, orang te-ngah mengaut keuntungan tinggi kerana mereka juga memiliki bot-bot besar dan mampu membeli ikan secara pukal pada harga murah ketika pendaratan banyak untuk dibekukan dan dijadikan stok.

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal

Menurut beliau, orang tengah ini akan mengaut keuntu­ngan tinggi kerana mereka mempunyai bilangan kapal besar yang banyak dan mampu membeli ikan secara pukal pada harga murah ketika pendaratan banyak untuk dibekukan dan dijadikan stok.

Beliau berkata, mereka mengambil kesempatan terutama seperti pada musim tengkujuh atau berlaku kekurangan bekalan lalu orang tengah yang mempunyai stok yang banyak akan mengeluarkan stok mereka dan mula menekan harga.
“Mereka (orang tengah) ka­wal pembelian ikan dan nelayan tidak ada pilihan untuk jual, mereka akan menekan harga kepada nelayan ketika membeli.

Kapasiti

“Sebab ikan ini permainan dia kena ada kapasiti beli dan simpan. Bila dah simpan maka mereka akan mengeluarkan ikan dari stok ketika musim tengkujuh atau bekalan kurang, tetapi dengan menjual pada harga mahal,” katanya di sini semalam.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan kira-kira 90,000 ne­layan kecil tempatan di se­luruh negara mengeluh ekoran nasib mereka tidak berubah sejak sekian lama dan mendakwa ditindas pemain industri gergasi dalam sektor perikanan.

Nelayan-nelayan kecil de­ngan 70,000 membabitkan nelayan Melayu itu mendakwa hasil laut mereka terpaksa dijual kepada orang tengah yang turut memiliki bot besar de­ngan harga rendah kerana mereka ‘tiada akses’ memasarkan hasil laut kepada pemborong.

Penguasaan orang tengah yang sudah lama telah membentuk rangkaian menyebabkan mereka yang menentukan harga ikan di pasaran sehingga ikan rakyat seperti pelaling dan kembong dijual lebih RM12 sekilogram dengan hanya menjadikan cuaca sebagai alasan.

Syed Abu Hussin berkata, jihad memerangi orang tengah sudah lama dibangkitkan semasa Ismail Sabri memegang jawatan Menteri Pertanian, namun isu itu belum mampu diselesaikan sehinggalah beliau sudah menjadi Perdana Men­teri.

Beliau berkata, kerajaan sebenarnya boleh menyelesaikan isu penindasan ke atas nelayan dengan menggunakan ‘faktor penarik’ iaitu hanya LKIM membeli ketika ikan mendarat dan seterusnya agensi itu akan membekukan ikan untuk dijadikan stok selain mengelak tindakan manipulasi yang cuba dihalalkan pihak tertentu.

LKIM

Menurut beliau, apabila pembelian daripada LKIM, nelayan akan diberi harga adil seterusnya menarik minat nelayan untuk menambah hasil tangkapan sekali gus menutup peluang orang tengah masuk dalam pasaran.

Jelasnya, hanya agensi kerajaan yang boleh melaksanakan langkah ini kerana ada akta dan peraturan serta boleh menga­rahkan mana-mana pengusaha menjual sabahagiannya untuk simpanan negara.

Bagaimanapun, kata beliau, apa yang mengecewakan, selama ini LKIM tidak berbuat begitu malah terdapat dua buah ki­lang sejuk beku tidak bero­perasi iaitu di Kuala Besut dan Kuala Kedah.

“Kita ada 43 pusat pendaratan ikan seluruh negara, malangnya kita tak beli ikan. Selama ini nelayan jual kepada peraih, inilah yang membuka peluang orang tengah untuk masuk.

“Kalau ada dasar hanya LKIM boleh beli, beku dan simpan ikan, maka apabila orang tengah nak naikkan harga ikan yang dimilikinya, LKIM boleh keluarkan ikan dalam stok untuk stabilkan harga,” katanya.

Mengulas lanjut, Syed Abu Hussin berkata, langkah seumpama ini boleh dibuat de­ngan melantik konsesi yang benar-benar boleh diharapkan untuk mengawal industri sebagaimana diamalkan dalam industri beras yang tidak pernah berlaku isu kekurangan bekalan atau harga tinggi.

Pada masa sama, beliau membangkitkan karenah birokrasi apabila berlakuknya ‘little napoleon’ dalam agensi kerajaan terutama di LKIM menyebabkan segala peranca­ngan gagal dilaksanakan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN