Kepulauan Riau: Anwar gesa Ismail Sabri buat penegasan

Kepulauan Riau: Anwar gesa Ismail Sabri buat penegasan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat penegasan berhubung kenyataan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sebuah kongres, Ahad lalu. 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau mengambil serius perbahasan sekitar kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang berkait dengan Kepulauan Riau, baru-baru ini. 

“Saya menggesa Perdana Menteri menyatakan penegasan segera agar ia tidak berlarutan kerana pandangan tersebut tidak mewakili kerajaan atau rakyat Malaysia.

“Penjelasan ini juga diperlukan bagi mengelak dan menjejaskan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan Singapura serta Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

DR. MAHATHIR MOHAMAD

Dr. Mahathir sebelum ini dilapor berkata, bukan hanya Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh harus dikembalikan, sebaliknya mencadang supaya Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura. 

Katanya, ia kerana Riau dan Singapura adalah ‘Tanah Melayu’ berdasarkan sejarah.

Susulan itu, Kementerian Luar Indonesia menyifatkan kenyataan tersebut tidak mempunyai asas undang-undang. 

Jurucakap kementerian itu, Teuku Faizasyah berkata, Pengerusi Pejuang itu juga tidak memiliki alasan jelas kerana Kepulauan Riau diiktiraf sebagai sebahagian daripada wilayah Indonesia di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi pada Khamis lalu menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak Malaysia menuntut semula Singapura dan Kepulauan Riau, malah menyifatkan laporan mengenainya yang disiarkan media sebagai tidak tepat. 

Sebaliknya, Dr. Mahathir berkata, kenyataan dibuat beliau ketika berucap dalam sebuah kongres itu bertujuan menyatakan kebimbangan rakyat mengenai pengambilan wilayah itu yang saiznya lebih besar berbanding Pulau Batu Puteh. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.