'Jangan biar orang muda teraba-raba'

‘Jangan biar orang muda teraba-raba’

QURATULAIN Atiqah Norzahirul Anuar di atas pentas utama ketika berucap dalam Program Jelajah Pakatan Harapan dekat Dataran Pantai Morib di Kuala Langat, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Golongan belia di negara ini tidak boleh dibiarkan teraba-raba dalam hala tuju dan masa hadapan negara apabila kebanyakan mereka diakui kecewa dengan situasi politik mutakhir ini.

Bagaimanapun, anak muda diseru tidak putus asa untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihan raya akan datang supaya negara mempunyai kerajaan yang stabil.

Ketua Biro Undang-Undang Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Quratulain Atiqah Norzahirul Anuar berkata, kekecewaan yang dihadapi generasi muda terhadap perubahan pentadbiran peringkat politik adalah tanda kewujudan kesedaran terhadap kepimpinan negara.

“Apa nasihat untuk anak muda yang sudah give up dengan situasi politik, keadaan dan permainannya yang berada di atas itu. Saya cakap the fact that orang muda ada perasaan kecewa, marah dan penat dengan apa yang berlaku, tetapi itu bukan tanda orang muda putus asa.

“Tetapi itu adalah tanda orang muda masih ada kesedaran terhadap apa yang berlaku, rasa marah, mereka tahu ada perkara perlu dibaiki, sebab itu saya katakan you are not give up yet, rasa marah dan kecewa itu biasa, katanya ketika berucap dalam Jelajah Pakatan Harapan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH), anak muda merupakan tulang belakang negara apabila peranannya amat penting dalam membentuk kepimpinan dan dasar.

Justeru golongan itu perlu disiap sediakan dan digilap supaya sebagai pemimpin pada masa akan datang dan ketika ini diseru untuk memilih pimpinan yang layak untuk bersuara Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat.

“Isu harga barang, kos sara hidup, harga rumah, jaminan bekalan makanan, kesihatan awam, peluang pekerjaan, ini semua isu-isu yang melibatkan anak muda. Melibatkan anak-anak pada masa hadapan.

“Sebagai seorang Ahli Majlis MBPJ, saya sentiasa ada program bersama masyarakat, ada seorang penduduk kawasan saya berusia 83 tahun, dia selalu bagi nasihat, ada satu perkara yang sering diulang-ulang, ‘saya sudah 83 tahun, saya tak larat buat kerja-kerja yang orang muda patut buat.

“Katanya lagi ‘bila saya lihat ramai orang muda terlibat dalam kerja masyarakat, politik, saya rasa lega kerana Malaysia masih ada harapan sebab ada anak muda dibelakangnya untuk sama-sama mendukung, bekerja bersama-sama untuk masa depan negara.

“Tetapi, kalau anak muda give up, apa lagi yang Malaysia ada,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN